Tuesday, April 28, 2009

Enggan saman media asing, Najib rahsiakan sesuatu?

Enggan saman media asing, Najib rahsiakan sesuatu? - Mustafa Ali
WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mustafa Ali cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya," kata Mustafa ketika temui di Pejabat Agung PAS 28 April lalu.

Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.

Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.

"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.
Namun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.

Terdahulu, Mahfuz bersama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.

Beliau menegaskan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Dato' Seri Najib Tun Razak menyebabkan nama baik negara kini tercemar.

1 comment:

Atan said...

Salam, Sdr;

Hal keengganan DSN menyaman akhbar/majalah asing yang membuat laporan tentang dirinya itu memang menjadi tanda tanya. Mengapa, ya? Tidak seperti mantan PM, TMM, beliau pernah menyaman majalah asing dan menang pula.

Hal tentang tiadanya laporan ucap tahniah bersempena dengan pelantikan beliau sebagai PM juga (mungkin saya terlepas pandang) di dalam akhbar dan majalah tenpatan juga menganehkan saya. Mengapa, ya?

Kita berharap agar semua tulisan di dalam akhbar/majalah asing itu tidak benar dan tuduhan liar semata-mata. Dan kita berdoa agar beliau tidak diam dan mendiamkan hal ini.