KDN gantung Harakah dan SK, menterinya kalah Naib Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob
Tahun 2009 baharu sahaja menjangkau tiga bulan, dan akan masuk bulan yang ke empat beberapa hari sahaja lagi.
Suka duka perjalanan 2008 sesungguhnya memberi pengalaman yang amat berharga, dari kisah tsunami 8 Mac 2008, hinggalah kepada kisah 16 September, Muqabalah dan 'Unity Government'.
Namun, pengalaman manis mengecapi kejayaan dalam pilihan
raya umum 2008 yang juga pada bulan Mac 'tersentap' dengan
kisah pahit 2009, penggantungan Harakah yang juga pada bulan
Mac.
Sejak bekerja pada tahun 2002, inilah kali pertama saya
merasai sendiri detik mencemaskan dalam karier kewartawanan
memandangkan Harakah digantung permitnya selama tiga bulan.
Walaupun dengan penggantungan ini semangat semakin berkobar,
tidak dinafikan juga kepala ini semakin pening dan serabut
memikirkan perjalanan akhbar yang disayangi selepas ini agak
tergendala
Belumpun selesai memikirkan perihal jualan yang kejap naik
kejap turun, sesungguhnya surat penggantungan yang difakskan
KDN memuramkan mentari hidup yang mula bersinar.
Ramai rakan-rakan yang mengirimkan sms menyatakan pandangan
mengenai penggantungan Harakah, hampir kesemuanya kecewa
dengan tindakan KDN menggantung akhbar yang disayangi
mereka.
Seorang rakan dari Ipoh, Perak menghantar sms kepada penulis
berbunyi 'adakah Harakah dan Suara Keadilan ini satu akhbar
yang mengancam keselamatan negara, membawa pengaruh yang
memudharatkan sosial anak muda, yang membawa pengaruh
menyebabkan ramai yang minum arak dan berjudi, yang membawa
kecelaruan dalam beragama?
"Pelik mengapa KDN tidak menghentikan penerbitan beberapa
akhbar lain yang bebas mengeluarkan gambar artis seksi,
fitnah atau gossip, gambar yang mencetus nafsu syahwat dan
sebagainya yang lebih merosakkan rakyat," kata rakan itu
dalam sambungan smsnya.
Beberapa sms lain menyusul membayangkan betapa rakan penulis
berang dengan tindakan KDN yang sebelum ini beberapa kali
merampas jualan Harakah di beberapa lokasi ketika kempen
pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Malangnya suara insan seperti ini tak akan didengari
pemimpin Umno BN yang pastinya hanya memikirkan soal
survival politiknya sahaja.
Walhal akhirnya tindakan penggantungan Harakah dan SK oleh
KDN yang diterajui Dato' Seri Syed Hamid ALbar akhirnya
mengundang kekalahan kepada menteri itu dalam perebutan
jawatan Naib Presiden Umno.
Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar 'tak
guna Syed Hamid gantung Harakah dan SK sebab tak berbaloi,
kononnya nak dilihat perwakilan sebagai wira akhirnya kalah
rebut jawatan".
Pagi tadi rakan penulis sekali lagi menghantar smsm kepada
penulis, berbunyi 'inilah natijahnya Syed Hamid sekat
Harakah dan SK, akhirnya orang Umno pun tolak dia'.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment