Di bawah ini surat yang diterima penulis dari seorang pembaca setia Harakah.
Saya terkilan bilamana baru baru ini media massa terutama media elektronik yg diterajui oleh TV3, TV1 serta rangkaiannya memaparkan seolah olah Malaysia kita ini menjadi tidak bertamadun (merujuk kepada isu derhaka kepada sultan).
Seolah olah satu pihak yang betul caranya dan satu pihak lagi menongkah arus. Tidakkah kalian sedar bahawa memainkan isu tersebut saban hari di kaca tv yg ditonton oleh kebanyakkan rakyat akan mengundang gejala yang lebih parah lagi.
Tidakkah terfikir dibenak fikiran wartawan TV3 yang bijak pandai bahawa apa yg dilaporkan itu adalah 'berat sebelah'. Butakah mata kalian dan pekakkah telinga kalian dengan apa yg dilihat dan didengar didepan mata malah ditelinga kedua dua pihak diwaktu sidang akhbar.?
Jangan lah anda menjadi penyebab kepada ketegangan hubungan kaum suatu hari nanti. tidakkah terfikir bahawa apa yg dipaparkan berdasarkan isu perkauman yang amat sensitif akan meloya kan kaum yang lain?
Dgn saban hari memaparkan kekuatan org melayu yg berdemo menyokong institusi diraja kononnya sebenarnya akan mengundang muak kepada kaum lain? Tidakkah kalian yang membesarkan dan menyebarkan agar polis melarang himpunan haram yang tidak mendapat permit?
Mengapa di pihak UMNO, kalian tidak menemuramah pihak berkuasa berkenaan permohonan permit dan isu perhimpunan itu? Cuba bayangkan hari ini kita dapat lihat paparan larangan perhimpunan (malah org yg berhimpun itu sebenarnya bersolat jumaat dimasjid) tetapi esoknya dipaparkan seluruh negara org UMNO berhimpun.
Malah mendapat kerjasama dari pihak polis pulak tu. Sedangkan mereka yang dimasjid tersebut memang 'berhimpun' setiap minggu. Adakah perlunya solat jumaat itu dipohon permit?
Malah seorang sahabat yg bukan melayu berkata kepada saya bahawa apa yg dipaparkan menunjukkan org melayu dan Islam GANAS kerana mereka mengamuk dan berhimpun melawan polis selepas solat jumaat dihadapan masjid yang menjadi tempat ibadah umat islam. Sedangkan beliau juga dapat melihat dengan jelas bahwa FRU yang mewujudkan provokasi.
Apa jawapan agaknya yang sesuai utk diberikan jika kita diajukan solan yang demikian? Tidakkah TV3 lupa bahawa yang menyebabkan kekalahan BN dalam 2 PRK yg lepas adalah disebabkan kejelikan dan laporan yang 'melampau' oleh anda? Sehingga rakyat mula membuka mata seolah olah PRK itu hanya ditandingi oleh BN.
Liputan lintas langsung disetiap Berita Terkini dan Buletin Utama di 'markas' BN seolah olah mereka sahaja yang bekerja dan bertungkus lumus dan menafikan hak sebelah pihak lagi utk menyuarakan pendapat dan strategi mereka?
TV3 lah yang sebenarnya 'menderhaka' kepada rakyat yang mempunyai kuasa mutlak!! Sehingga terpacul di bibir orang tua saya dirumah (yg sebenarnya ajk UMNO cawangan) "nasib baik TV3 ni free, kalau kena bayar dah lama aku potong".
Saya yakin dan percaya bahawa ramai lagi diluar sana akan menggungkapkan kata kata seperti begitu malah mungkin lebih kasar lagi. Jika anda berterusan begini, jangan pelik dan terkejut dalam PRK yang akan datang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau BN akan tergolek dan terlondeh sekali lagi.
Insyaallah rakyat akan buktikan bahawa dunia informasi kini lebih luas dan terbuka. Dan anda lah yang 'kalah' dan 'terlondeh' dek laporan yang menjijikkan dan meloyakan!! Sekian luahan rakyat bawahan yang bukan penyokong mana mana pihak, tetapi meluahkan isi hati.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment