Sejak beberapa bulan lalu banyak laporan media yang mendedahkan kes-kes pemberhentian pekerja yang tidak mengikut prosedur.Membincangkan kemelut ini WAN NORDIN WAN YAACOB mewawancara Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani.Taufek pernah terbabit dalam industri perkilangan selaku Jurutera Kanan Samsung kini mengambil langkah membela nasib pekerja yang diberhentikan di kawasan Industri Senawang, Negeri Sembilan.
NORDIN : Laporan pelbagai media pemberhentian pekerja, hal ini juga berlaku di kawasan YB iaitu di Senawang, apa pandangan YB?
Mohd Taufek : Setakat ini kita akui masalah ekonomi global tidak dapat nak dielakkan sebab kemelesetan ekonomi ini banyak kilang yang berhadapan dengan masalah.Setakat ini di Paroi kita terkenal dengan kawasan perindustrian iaitu di Senawang.Kita ada dua kes setakat ini yang dah kita tangani. Satu kes di kilang APL Healthcare telah memberhentikan 200 orang pekerja yang mana 80 orang adalah pekerja tempatan dan selebihnya adakan warga asing.Keadaan ini menyebabkan mereka parah.Kes kedua ialah kes Kilang Perabut di Sungai Gadut yang memberhentikan 35 orang tempatan tanpa sebarang surat makluman berhenti..
NORDIN : Dalam kes APL dan Kilang Perabut ini ini adakah majikan bayar pampasan?
Taufek : Inilah masalahnya dua kes yang kita kendalikan ini majikan tidak mematuhi peraturan samada yang berkaitan dengan Jabatan Tenaga Kerja atau prosedur pemberhentian pekerja.Biasanya perkara asas kepada pemberhentian pekerja ini ialah pertamanya perlu bagi notis sebulan kepada pekerja agar pekerja ada masa buat persediaan.Tetapi notis ini tak diberikan.Yang kedua dalam undang-undang buruh ialah majikan perlu membayar pampasan kepada pekerja berdasarkan pengiraan tempoh bekerja.
NORDIN : Di peringkat Dun Paroi apa yang telah saudara lakukan?
Taufek : Setakat ini apa yang saya dah buat dalam kes APL ialah kita dah bawa ke pejabat tenaga kerja dan saman telah dikeluarkan dan pada 13 Januari lalu kita dah atur satu pertemuan dengan majikan, tetapi majikan tidak hadir.
NORDIN : Ada kah kemungkinan pihak Adun akan bertemu dnegan MTUC dan sebagainya bawa masalah pekerja ini?
Taufek : Setakat ini kita ikut saluran yang ada di jabatan kerajaan maknanya kita gunakan saluran ini kemudiannya kita akan buat susulan untuk cuba cari penyelesaian ikut diplomasi undang=-undang.Dalam hal bertemu dengan MTUC dah ada dalam perancangan kita dan termasuk ke Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.Awal Februari ini ada satu lagi pertemuan bersama pejabat tenaga kerja di Seremban dan jika majikan tidak hadir pertemuan ini akan diteruskan dan mungkin keputusan akan dibuat ke atas kes tersebut termasuk berapa pampasan yang perlu diberi.Ada beberapa langkah yang kita buat hingga ke mahkamah.Saya secara peribadi yakin selepas ini ada banyak kes lain kilang yang memberhentikan pekerja di Senawang.
Jadi saya jangkakan dalam pertengahan Februari ini saya dan NGO dan MTUC akan bawa isu ini.
NORDIN : Kesengsaraan golongan ini, apa peranan kerajaan dan apa bantuan yang tuan berikan?
Taufek : Sebenarnya hal ini yang perlu dihadapi kerajaan dengan pertamanya dalam melindungi hak pekerja yangf berdasarkan undang-undang buruh.Kerajaan perlu pastikan setiap majikan perlu patuhi kerana kita sudah ada undang-undang dan akta pekerja yang kadang-kadang tak diimplimentasikan secara menyeluruh.Sepatutnya undang-undang yang sedia ada dah cukup untuk atasi.
Keduanya bagaimana untuk mengurangkan beban golongan ini, ialah kerajaan perlu memastikan harga barangan yang harganya tinggi hari ini direndahkan.Selain itu kerajaan perlu menyediakan skim-skim khas terutamanya dalam sektor yang masih kurang diceburi iaitu perladangan dan pertanian.Ini kerana negara ini masih terpaksa mengimport daging, sayur dan makanan dari luar negara.Kerajaan perlu sediakan skim khas kepada pekerja kilang yang diberhentikan menceburi bidang ini.Saya bimbang jika keadaan kegawatan makin parah, golongan yang diberhentikan kerja ini akan tertekan dan terpaksa cari jalan lain seperti jenayah dengan merompak semata-mata untuk menyuap nasi atau menyekolahkan anak, ini yang kita bimbang dan kerajaan perlu atasi.
Di peringkat Dun Paroi pula, saya telah berusaha membantu keluarga yang terbabit dengan memberi bantuan membeli peralatan buku tulis dan buku kerja untuk sekolah anak-anak mereka.Seramai kira-kira 50 keluarga miskin yang terbabit dengan hal ini telah saya bantu.Saya juga sedang memikirkan tindakan selanjutnya termasuk mengwujudkan tabung khas, memaklumkan kepada menteri, Ahli Parlimen Rembau dan sebagainya supaya sama-sama membantu kelompok ini.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment