WAN NORDIN WAN YAACOB (Analisa)
Kekalahan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang sekutu Perdana Menteri dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu membongkar taktik sebenar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memangsakan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Tanpa disedari, kehadiran Wan Farid selaku calon sebenarnya adalah perangkap kepada Najib yang ditugaskan mengepalai jentera pilihan raya BN di sana kata sumber dalaman Umno.
Dalam senyum Abdullah mengenakan Najib dengan menggunakan anak suruhannya yang sentiasa bersedia untuk 'kalah' bagi membenam kredibiliti Najib menjelang Mac ini.
Pastinya persoalan yang pernah ditimbulkan pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kehadiran Wan Farid hanya akan mengurangkan sokongan kepada BN kini bermain difikiran Najib.
Mahathir sendiri ada mengingatkan Najib dan jentera BN bahawa pemilihan Wan Farid selaku calon BN adalah pilihan yang buruk, namun Najib terus mempertahankan konsesus berat sebelah yang dibuat ketuanya (Abdullah).
Manakan tidak, Najib terpaksa akur dan tunduk dengan arus kerajaan tiga beranak yang memanipulasi pilihan raya kali ini untuk mempermainkan Najib.
Walhal, ramai lagi calon yang bagi beberapa pemimpin Umno lebih layak dan sesuai diletakkan agar imej mereka tidak dipertikai.
Seperti kata seorang pensyarah USM, Siva Murugan Pandian bahawa keputusan PRK Kuala Terengganu adalah satu petanda tidak baik terhadap Najib yang dalam usaha mengambil alih jawatan PM dari Abdullah selepas pemilihan Umno Mac depan.
Abdullah tidak bertanding dalam pemilihan Umno ekoran desakan kuat dari akar umbi dan kalangan pemimpin tinggi Umno ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihan raya umum lalu.
Selepas kesemua 193 bahagian Umno selesai bermesyuarat November lalu, Najib menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Umno, tetapi pilihan raya kecil ini sedikit
mencacatkan keinginan Najib yang boleh dijadikan alasan kepada Abdullah untuk teruskan memimpin Malaysia.
Sementara di pihak Pakatan Rakyat pula, kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dalam sebenarnya menguatkan pembangkang yang bertalu-talu ditohmah sejak mula kempen PRK Kuala Terengganu berlangsung.
Kemenangan itu juga walaupun tidak menjejaskan kedudukan kerajaan BN tetapi ia menunjukkan kerajaan gagal menarik semula sokongan rakyat selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum Mac 2008, sekaligus telah mencetuskan desakan supaya dilakukan perubahan dalam BN.
Di pihak Pakatan Rakyat pula, kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan dan rakyat terus mengharapkan ia berlaku.
Seperti kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kemenangan calon PAS dengan majoriti selesa 2,631 undi adalah ekoran peralihan sokongan pengundi Melayu kepada
pembangkang.
Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
Sementara bagi ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pula kekalahan itu sebenarnya memerlukan perubahan segera dalam gabungan BN.
Berita malang di Kuala Terengganu sebenarnya hanya memalukan BN dan ia juga adalah rentetan kepada kekalahan dalam pilihan raya umum Mac lalu, kata Ku Li.
Begitupun kekalahan yang berlaku Mac lalu, kepimpinan BN lansung tidak menampakkan sebarang perubahan asas termasuk dalam menetapkan calon bagi PRK Kuala Terengganu.
Benar seperti kata Ku Li bahawa BN kini sedang dalam keadaan terumbang ambing bak bahtera yang hilang nakhodanya.
Begitu juga kata Penganalisis Politik dari UKM, kekalahan BN pada PRK Kuala Terengganu sebenarnya turut berpunca dari kebobrokan jentera media yang membuat laporan berat sebelah.
Kelibat pimpinan BN sering dilaporkan dengan aktiviti menabur janji pelbagai kepada pengundi hanya untuk waktu pilihan raya sedangkan sebelum ini pengundi tidak pernah
dikunjungi.
Ada benarnya analisis yang dibuat Pakar Politik Asia Tenggara, Bridget Welsh yang mengandaikan kekalahan BN di Kuala Terengganu akan mencetuskan persoalan mengenai
peningkatan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.
Ini kerana Najib sendiri mengetuai jentera kempen BN di Kuala Terengganu dan kekalahan BN itu merupakan satu lagi kegagalan kerajaan dalam pilihanraya kecil selepas Permatang Pauh, yang menyaksikan Anwar kembali ke Parlimen.
Kini ahli Umno akan mula terfikir betapa tidak bijaksananya Abdullah dan Najib dalam merencana damba politik BN hingga calon yang ditolakpun diletakkan untuk bertanding.
Kekalahan ini pastinya akan lebih mengucar-kacirkan kedudukan parti-parti yang berada dalam BN sendiri terutama yang sedang menanti untuk keluar dari BN.
PRK Kuala Terengganu sebenarnya menjawab persoalan pakatan manakan antara BN dan Pakatan Rakyat yang berpecah dan tidak sepakat.
Bak kata ahli Parlimen KeADILan Telok Kemang (Negeri Sembilan), Dato' Kamarul Baharin Abbas, kekalahan BN di tangan PAS dalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.
"Semua orang tak suka kepada Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya (Wan Farid)," ujarnya.
Jentera BN diketuai bakal Presidennya walaupun calonnya Wan Farid, tetapi Najib dilihat sebagai teraju BN di Kuala Terengganu.
Apa yang tidak Najib katakan terhadap PAS di KT, apa yang tidak Najib janjikan kepada para pengduni di KT, hakikatnya yang bertanding dan bertempur adalah Najib lawan PAS bukannya Wan Farid lawan Wahid.
Oleh itu apabila BN kalah, siapakah lagi yang paling wajar dipersalahkan jika tidak Najib?.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment