Monday, December 22, 2008

Menang saman, Mahfuz mahu Utusan belajar dari 'kesilapan'

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang baharu sahaja diisytiharkan menang dalam kes saman fitnah ke atas Utusan Malaysia dan bekas Ketua Pengarangnya, Dato' Khalid Mohd mahu akhbar itu menjadikan keputusan itu sebagai satu pengajaran.

"Saya berharap bukan setakat Utusan sahaja yang perlu 'balance' dalam melaporkan suara semua pihak, tetapi akhbar arus perdana lain pun perlu mengambil iktibar untuk menjadi telus dan mementingkan fakta terhadap sebarang laporan yang dibuat," katanya.

"Saya tidak mementingkan jumlah wang yang saya terima, tetapi soalnya ia pengajaran kepada media yang cuba menyeleweng fakta dan membuat laporan fitnah terhadap saya," katanya.

Beliau melihat keputusan ini sebagai satu kemenangan moral selain membersihkan imej beliau yang difitnah utusan sebelum ini.

Beliau juga mahu media arus perdana mengambil iktibar di atas keputusan ini seterusnya memperbetulkan kesilapan dengan menjadi media yang telus dan berintegriti.

Mahfuz juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Hanipa sebagai seorang peguam muda yang bijak berhujah dan memastikan semua fakta dikemukakan bagi membuktikan utusan memfitnah beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Yazid Mustafa hari ini mengarahkan utusan membayar RM120,000 kepada Mahfuz selepas mendapati laporan berita yang diterbitkan akhbar tersebut pada 4 Mac 2001 berunsur fitnah kepada pihak plaintif.

Keputusan itu dibuat dalam penghakimannya hari ini selepas kes itu dibicarakan sejak tujuh tahun lalu.

Saman itu dikemukankan Mahfuz pada tahun 2001 terhadap utusan dan Khalid berikutan melaporkan berita berunsur fitnah dan penyelewengan fakta pada 4 Mac 2001.

Mahfuz diwakili tetuan Mohamed Hanipa& Associates sementara Utusan Malaysia dan Khalid diwakili Tetauan Raja Reza & Associates.

Sementara peguam yang mewakili Mahfuz memanjatkan kesyukuran di atas keputusan hakim.

Setakat ini pihaknya tidak mendapat maklumat samada defendan akan membuat rayuan keputusan atau sebaliknya, ujar Hanipa.

1 comment:

Mr. Right said...

Rakyat 1 - O Utusan.

Now they will be more careful to shoot their guns towards opposition.

Kudos to Mahfuz and his lawyers.

Short Talk