Monday, November 3, 2008

Sejauhmana Obama dapat menerjah dasar pro-Yahudi Amerika?


Wan Nordin Wan Yaacob

Pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang dijadualkan Selasa (4 November), Barrack Obama dikatakan calon paling 'popular' yang akan menduduki kerusi paling tinggi di negara kuasa dunia itu.

Obama kini dilaporkan menerima sokongan penuh kalangan pembesar Yahudi yang sebenarnya mempengaruhi perkembangan sokongan terhadap beliau di kalangan rakyat Amerika.

Kelebihan enam mata di hadapan pencabar terdekat dari parti Republikan, John McCain memberi petanda Obama bakal mencipta sejarah negara kuasa dunia.

Anak campuran Amerika-Afrika ini bakal menjadi Presiden Amerika pertama di kalangan kulit hitam, dan beliau sendiri lahir bukan di dalam tanah besar Amerika tetapi di Honululu, Hawaii.

Masyarakat dunia sebelum ini seakan menaruh kepercayaan kepada Obama dalam menjernihkan hubungan dan pandangan pentadbiran rumah putih itu terhadap Islam.

Dalam isu-isu seperti serangan dan pendudukan Israel ke atas Palestin, Amerika adalah negara yang paling kuat mempertahankan tindakan Yahudi ke atas negara umat Islam itu.

Malah dengan bantuan Amerika lah, Israel terus bermaharajalela di bumi Al-Quds yang menyaksikan terlalu banyak darah umat Islam tumpah ke bumi.

Ledakan senjata Yahudi ke atas khemah pelarian Palestin, kubu Hamas dan orang awam tidak pernah diendahkan Amerika, sebaliknya jika seorang sahaja warga Yahudi mati, Amerika akan menekan Palestin dengan dasar yang berubah-ubah.

Seperti yang ditegaskan Pengerusi Centre For Internationals Muslim Minority Affairs (CIMMA), Mohd Azmi Abdul Hamid bahawa siapa pun bakal Presiden Amerika, dasar negara itu tetap tidak akan berubah.

Namun, sedikit harapan perlu diberikan kepada Obama jika beliau berjaya menduduki kerusi Presiden Amerika tatkala beliau terus dibayangi puak Yahudi.

Mungkin cadangan Mohd Azmi dengan menghantar surat terbuka berhubung harapan umat Islam kepada Obama sebaik sahaja beliau berjaya kelak perlu disokong dan dipastikan berjaya supaya negara kuasa dunia itu mula positif terhadap Islam.

Selepas bertarung selama 21 bulan, Obama dilaporkan semakin menghampiri impiannya untuk menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika.

Pada 10 Februari 2007, Senator Illinois itu yang tidak begitu dikenali, berdiri di hadapan sebuah bangunan kerajaan dalam cuaca sejuk, sambil menggesa ribuan penyokongnya menyertai 'pertarungannya' untuk ke White House.

"Sekiranya anda menyertai saya dalam pertarungan ini, sekiranya anda merasai takdir dan nampak apa yang saya lihat, masa depan yang tidak ada penghujungnya ... jika anda merasai apa yang saya rasa, masa kini menyedarkan kita dari tidur kita dan membaluti perasaan takut kita ...maka saya bersedia untuk bersaing," kata Obama.

Kini, tinjauan pendapat yang diadakan di seluruh negara menunjukkan, beliau akan mengatasi pencabarnya daripada Parti Republikan, John McCain pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada Selasa ini.

Tinjauan pendapat yang dikeluarkan oleh Reuters/C-SPAN/Zogby hari ini menunjukkan beliau masih selesa mendahului Mccain secara keseluruhannya sebanyak enam mata.

Di kalangan pengundi wanita pula, Obama mendahului Mccain sebanyak lapan mata dan 10 mata di kalangan pengundi atas pagar.

Empat tahun lalu, apabila George W. Bush dan John Kerry bersaing untuk menerajui White House, Obama hanya seorang ahli politik kerdil yang berucap pada Konvensyen Demokrat pada 2004.

Beliau bagaimanapun seperti merasai kekecewaan banyak pihak mengenai tokoh politik terdiri daripada banyak muka lama, selain kebimbangan mereka mengenai krisis ekonomi dan juga peperangan di Iraq.

Berani menentang arus, senator berbangsa Afrika-Amerika berusia 47 tahun ini, bertarung bagi merebut tempat ke White House dengan menggunakan Internet sebagai alat utama untuk mengumpul dana.

1 comment:

hazmi said...

obama memang sial...LAKNATTULLAH!!!!!
AKU DOAKAN AMERIKA DIHUJANI MALAPETAKA SEPANJANG ABAD!!!!
ALLAHUAKHBAR!!!!!!!