Wan Nordin Wan Yaacob (Analisa)
Pertelingkahan dalaman Wanita Umno tidak mampu disusup lagi walaupun Ketua dan Naibnya pada dasarnya setuju dnegan pelan peralihan kuasa Jun 2009.
Perang antara dua kumpulan satu yang mirip kepada Ketua Wanita, Dato' Seri Radidah Aziz dan satu lagi kepada Dato' Seri Sharizat Jalil kini secara terbuka mendapat liputan media.
Exco Wanita Umno Dato' Kamilia Ibrahim yang kini mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan Naib ketua secara terang-terangan menyerang pelan peralihan Rafidah yang bakal memperlihatkan kelompongan untuk tiga tahun selepas peralihan.
Kenyataan berulang kali Kamilia yang menegaskan akan bertaning bagi jawatan Naib Ketua tanpa mengendahkan pelan peralihan membayangkan betapa muaknya wanita terhadap
Rafidah.
Malah Dato' Maznah Hamid salah seorang orang kuat Wanita Umno Kedah juga memperkatakan hal yangs ama supaya jawatan Ketua Wanita jika tidak dipertandingkan, iany perlu kepada transisi yang lebih cepat segaris dengan Pemuda Umno, Puteri dan Umno Pusat.
Apa yang pastinya, Shahrizat yang kaku dengan kenyataan Rafidah, dan terbayang dengan kenyataan Kamilia serta Maznah kini berada dalam keadaan yang cukup kronik.
Pastinya sebelum pengumuman Rafidah, Saharizat tidak mahu keadaan yang dialami kini menjadi kenyataan keran sebagai ahli politik pasti tidak mahu berada dalam kedudukannya yang serba salah itu.
Benak minda Sharizat pastinya kini boleh memikirkan akan satu penyelesian segera dicapai adalah selamat untuk melanggar ’ bosnya setelah pelan peralihan kuasa bulan Jun 2009 meletakkannya dalam kedudukan yang tersepit.
Shahrizat perlu menimbang situasi bahawa jika tetap mematuhi pelan peralihan kuasa itu bererti beliau terpaksa berentap dengan Kamalia Ibrahim yang mahu bertanding dengan 56 pencalonan setakat ini.
Pastinya ada maksud terselindung oelh Shahrizat selepas beliau mengeluarkan satu kenyataan meminta Rafidah supaya mempertimbangkan untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan.
Harapannya hanya satu, kenyataan berupa amaran itu bakal didengar ketuanya dan masuk ke kotak pemikiran ahli wanita Umno untuk membuat tekanan yang lebih maksima kepada Rafidah untuk mengubah pendirian.
Namun, Shahrizat pastinya terikat dengan persetujuan majlis mesyuarat Wanita Umno yang membuat ketetapan agar jawatan Naib dan ketua tidak dipertandingkan Mac ini.
Berbeza dengan pendirian Kamalia dalam soal ini sudah jelas bila beliau tidak menghadiri mesyuarat itu. Kamilia sendiri mahu bertanding jawatan Naib ketua kerana
tidak mengiktiraf pelan peralihan kuasa pergerakan itu pada Jun 2009.
Exco Wanita Umno yang dikenali tokoh yang low profile dan lemah lembut itu juga berkata beliau tidak melihat keperluan untuk bertemu Rafidah atau Shahrizat untuk berunding.
Persoalan mula bermain disetiap pemikiran ahli wanita Umno yang rata-ratanya pasti tertanya mengapa Rafidah tidak mahu melepaskan jawatannya dengan mengumumkan Pelan Peralihan Kuasa.
Adakah Rafidah mempunyai helah dalam mempertahankan jawatan nombor satu Wanita Umno itu tatkala rakan karibnya dalam Kabinet Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak bakal pasti menjawat Perdana Menteri pada Mac ini selepas Mesyuarat Agung Umno selesai.
Pastinya, Rafidah yang pernah digelar 'wanita besi' (Iron Lady) kini mengintai semula kedudukan selaku Menteri Kabinet dalam kabinet Najib kerana beliau memiliki kelebihan berbanding Rafidah kerana menang dalam Pilihan Raya Umum lalu di Parlimen Kuala Kangsar.
Sementara Shahrizat pula dalam keadaan serba salah kerana ketewasannya di Parlimen Lembah Pantai menyebabkan pergerakan atas kemahuannya terbatas, lantas melemaskan hayat politiknya.
Kini Shahrizat perlu memikirkan segera, samada melanggar ketuanya atau mengikut sahaja pelan peralihan yang akan memangsakan beliau akhirnya?
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment