Thursday, September 11, 2008

Tahan Raja Petra bawah ISA buktikan kerajaan berat sebelah - Kamaruddin

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 12 Sept : - Politiksukusakat dimaklumkan pengendali laman web Malaysi-today, Raja Petra Kamarudin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi.

Sehingga kini, kata sumber polis masih berada di rumah Raja Petra dan beliau belum di bawa ke mana-mana pusat tahanan lagi.

Sementara Malaysiakini turut melaporkan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan suaminya ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra sebentar tadi.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Ujarnya lagi, ini satu halangan kepada kebebasan akhbar dan maklumat di negara ini selain menunjukkan sikap 'double standard' kerajaan berikutan penahanan terpilih.

Jika benar ada bukti, sepatutnya kerajaan menghadapkan Raja Petra ke mahkamah terbuka, katanya.

No comments: