Thursday, September 11, 2008

Jangan ada pihak dalam Pakatan Rakyat gambarkan negatif usaha bentuk kerajaan - Mahfuz

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menasihatkan pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat agar tidak memberi gambaran salah atau negatif ketika pakatan berusaha membentuk kerajaan baru.

Ketika dihubungi , Mahfuz menyatakan hasrat agar kerajaan baru terbentuk kerana ia sebenarnya adalah kemahuan rakyat sendiri.

"Saya harapkan tidak ada pihak yang memberi perspektif negatif terjadap usaha Pakatan Rakyat ini untuk membentuk kerajaan baru yang sebenarnya dimahukan rakyat itu sendiri sebab kita nak pastikan kembalikan persoalan perpaduan mantap dan tidak lagi menggunakan kepentinagn politik sempit dan perkauman yang akhirnya meghancurkan tamadun negara," ujarnya.

Sebelum ini Mahfuz berkata, banyak pihak yang cuba mengagalkan usaha Pakatan Rakyat ini termasuk Umno dengan memainkan isu perkauman seolah-olah membayangkan jika berlaku perubahan kerajaan, Melayu akan menjadi boneka kepada bangsa lain.

Menyangkal persepsi salah itu, Mahfuz mendakwa Umnolah sebenarnya yang kini keresahan dan kebimbangan jika terlepas kuasa mereka selepas melihat lima buah negeri di perintah Pakatan Rakyat.

Baginya, momokan negatif kepada Pakatan Rakyat hanyalah andaian dan usaha untuk gagalkan pembentukan kerajaan baru sekaligus untuk berikan talian hayat kuasa politik Umno-BN.

Sedangkan rakyat di bawah ini amat terasa tertekan dengan kehidupan di bawah BN dan mengharapkan perubahan kerajaan untuk berikan perkhidmatan yang baik, katanya.

"Ini satu andaiaan yang kita katakan bahawa perkara yang belum kita lihat terjadi tetapi nak dakwa Melayu jadi alat kepada Cina. Apakah selama ini Melayu Umno tak jadi alat kepada BN? kalau kita nak ukur mengikut realiti, ukuran ialah dalam temph 50 tahun BN memeruntah, apa yang Umno buat untuk kepentingan Melayu?," soalnya.

Bagi Mahfuz, rakyat melihat apa yang tergambar ialah menunjukkan Melayu Umno ini sebenarnya menjadi televisyen kepada 'remote kontro' yang dipegang oleh orang lain atau bangsa lain.

"Dia (Umno) hanya jadi televisyen dalam perkara-perkara tertentu, saya rasa tak wajar nak katakan bahawa jika berlaku perubahan kerajaan kepada Pakatan Rakyat, Melayu akan jadi alat kepentingan kepada kaum lain ini tak wajar.Hal ini umpama sebelum kahwin kita dah dakwa wanita itu dah mandul sedangkan kita belum kahwin lagi dengan dia.

"Dalam keadaan hari ini Umno seolah-olah membayangkan kepada rakyat bahawa jangan ubah kerajaan sebab kalau ubah nanti kepentingan Melayu tergugat ini sebab mereka nak kuasa mereka diteruskan," katanya.

No comments: