Sunday, September 21, 2008

Benarkan Negeri Sembilan, negeri pertama bakal tukar kerajaan?

Negeri Sembilan gempar dengan dakwaan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dikatakan mahu menyertai Pakatan Rakyat, namun ia menunggu signal daripada perubahan yang kononnya akan berlaku di peringkat Pakatan Rakyat di Pusat.Orang yang paling dilihat bimbang deangn senario ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan hingga membuat kenyataan akan membubarkan Dun jika berlaku perubahan. Menjengah isu itu, Wan Nordin Wan Yaacob menemubual Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammed Omar pada 18 September 2008.

Nordin : Mutakhir ini, Negeri Sembilan digemparkan dengan dakwaan kononnya akan ada Adun BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan, apa komen tuan?
Zulkifly : Saya dapat lihat berikutan kebimbangan MB itu sendiri yang ada kata bahawa sekiranya ramai Adun yang lompat parti dan terbentuknya peralihan ini maka beliau akan bubar Dun, jadi mesej ini jelas bahawa beliau merasa sangsi terhadap kedudukannya di Negeri Sembilan itu dengan periswitwa peralihan kerajana ini ikut kenyataannya itu beliau mempercayai akan berlaku sesautu di peringkat pusat.

Nordin : Ada keberanankah Adun BN nak lompat di Negeri Sembilan?
Zulkifly : Setakat ini, maklumat yang kita terima itu ada tetapi saya tak berani nak beritahu bila mereka nak melompat itu, dan saya tak pasti lagi, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat ada maklumkan beberapa Dun yang nak bersama dengan kita, mereka mahu sertai Pakatan Rakyat melalui rakan kita (KeADILan dan DAP).

Nordin : Apa sebenarnya isu besar mungkin menyebabkan rakyat kurang yakin lagi kepada MB sekarang ini?

Zulkifly : Di Negeri Sembilan, selepas sepenggal MB perintah, tidak berlaku sebarang perubahan yang dijangka oleh rakyat Negeri Sembilan kerana diwar-warkan kepada rakyat kita dapat tokoh korporat mentadbir negeri, tetapi apabila dah sepenggal beliau mentadbir negeri, ia tidak seperti yang dijangkakan seperti yang Umno war-warkan sebelum ini.Keadaan rakyat masih serupa malahan lebih banyak lagi masalah berlaku dan di antara pimpinan Umno dan BN negeri berlaga.

Nordin : Ada Adun BN di Negeri Sembilan didakwa terbabit rasuah, adakah ia mencerminkan permasalah besar Umno di negeri ini?

Zulkifly : Antara permasalahan yang kita dapat lihat, ialah perbalahan seperti di Bahagian Seremban yang mana Dato' Ishak Ismail yang jadi Ketua Bahagian buat laporan BPR ke atas MB menyatakan keterlibatan ahli keluarga MB dalam urusan pentadbiran negeri, Namun laporan yang dibuat hingga kini tak ada maklumat tentang status siasatannya. Yang kedua, di kalangan pimpinan BN negeri ini saya lihat mereka ketandusan calon-calon yang sesuai bersih atau telus untuk menduduki beberapa jawatan penting dalam negeri, akibatnya di kalangan mereka yang dipilih itu wibawanya tercalar, kes rasuah dahn menjadi pertikaian di kalanagn Umno sendiri, ini berlaku di semua peringkat, dan sehingga baru-baru ini boleh dikatakan berlaku pergaduhan insiden tak diingini termausk polis terpaksa dipanggil selesaikan masalah dalam pemilihan Umno sendiri.

Nordin : Adakah MB dan Pengerusi Umno negeri ini gagal mentadbir?
Zulkifly : Salah satu daripada kegagalan itu ialah peranan MB sendiri yang kita lihat ada di kalangan pemimpin di negeri ini dia ada 'team'- 'team' dan MB pun dia ada 'team' dia yang sendiri, bila ada pasukan ini keadaan kucar-kacir ini berlaku.

Nordin : Apa mungkin Peranan PAS Negeri Sembilan dengan keadaan yang ada hari ini, dan bagaimana menerangkan kepada masyarakat Melayu dan seluruhnya, bahawa perubaha boleh berlaku kerana negeri ini BN menang dengan majoriti yang kecil?
Zulkifly : Kita di negeri ini kita jelaskan kepada masyarakat Melayu sekiranya rakyat risaukan bahawa Umno lah yang merupakan tunjang kepada orang Melayu, saya nak jelaskan bahawa jika mereka pilih PAS adalah lebih selamat kerana kita perjuangkan Islam itu sendiri, dan kita tak terlibat dalam masalah-masalah khususnya rasuah, penyelewengan dan salahgunakuasa.Pertukaran jika berlaku, majoriti di banyak kawasan adalah Melayu ia tidak akan menjejaskan orang Islam dan rakyat di negeri ini sendiri.Di Negeri Sembilan PAS memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan, tanpa kira apa bangsa kaum dan agama, malahan kita sentiasa ambil perhatian masalah rakyat setempat termasuk isu di Kampung Abok, isu KTMB di Rahang, dan utarakan masalah penduduk di Taman Margosa, isu di Jempol tentang isu penerokaan hutan tidak terkawal hingga akibatkan masalah air di Jempol, isu Insinerator, isu masalah peniaga dan penjaja di Serembam dan beberapa tempat, kita juga membantu fakir miskin dengan memberi sumbangan kita bagi tidak kira bangsa yang kita mampu.Isu-isu rumah terbelangkalai juga kita cuba membantu mereka dalam hal ini.Kita juga meminta semua Unit Peti Undi (UPU) kita membuka pusat khidmat di kawasan yang belum kita menangi lagi.Kita buat program sekampit beras yang diagih kepada fakir miskin pada bulan Ramadan ini untuk beri kepada sepuluh kawasan.Insyalalah dnegan senario sokongan yang ada jika ada piihan raya lagi, kita boleh menag di lima kerusi Dun lagi kerana secara faktanya sejak tahun 1999, sokongan dan undi kepada PAS sudah meningkat, dan masyarakat memandang kita positif sekarang ini.

Nordin : Kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat bagaimana?
Zulkifly : Sekatakt ini di sini kita tak hadapi masalah apa-apa, hubungan kita baik dan kita selalu bermesyuarat bersama jika ada masalah.Pimpinan DAP dan KeADILan selalu kita buat program bersama.Saya dan Pengerusi DAP, Antohny Loke serta Pengerusi KeADILan, Dato' Seri kamarul Baharin Abbas, kita duduk sekali semeja bincang dan buat kenyataan bersama baru-baru ini isu rasuah kita buat bersama.Program kita ada secara bersama, isu kenaikan harga minyak kita buat secara bersama, kita sering buat kenyataan bersama, setakat ini kiat selalu berbincang, bertukar fikiran dan bertemu tanya apa nak dibuat, hubungan kami memang baik dengan Penferusi DAP kita sering berhubung.