Monday, September 15, 2008

16 September, jadi atau tidak orang politik lah yang paling kalut!!!!!

Wan Nordin Wan Yaacob

Hari ini adalah hari yang dinyatakan Anwar Ibrahim sebagai hari kerajaan baru Pakatan Rakyat, dan himpunan aman di Staduim Kelana Jaya malam tadi mendapat sambutan lebih 15,000 Penyokong Pakatan Rakyat.


Namun, hingga jam 12.00 pagi tadi, Anwar masih belum menamakan 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru ditubuhkan.Sila baca disini untuk lanjutan.

Suara-suara rakyat mula membincangkan persoalan ini selagi kerajaan baru tidak dibentuk, semua kenyataan Anwar akan dibelasah oleh media-media rasmi kerajaan, malah jika dilihat kepada laporan 3 hari TV3 seolah-olah sudah memberi keputusan bahawa 'Anwar Gagal'.

Semalam Anwar dihadapan penyokongnya menyatakan usaha itu masih 'on track' dan beliau optimis kerajaan baru akan terbentu dalam dua atau tiga hari lagi.

Semuanya mungkin kerana masalah teknikal atau sebaliknya, namun ada yang masih berpegang kepada tarikh ini, dan tidak kurang yang sudah mula mempertikaikan kenyataan Anwar.

Ia adalah asam garam dalam setiap yang dilakukan, tidak kiralah sejauh mana kenyataan Anwar boleh menjadi kenyataan atau sebaliknya, rakyat secara umumnya sememangnya memikirkan sebarang kemungkinan perubahan tersebut memandangkan mereka kini terhimpit dengan masalah ekonomi negara.

Umumnya, rakyat masih menunggu, namun bagi penulis, mungkin yang tidak sabar menunggu samada kenyataan Anwar ini menjadi realiti atau sebaliknya adalah orang-orang politik yang mahu melihat samada Anwar tergolek atau berjaya.

Jika kerajaan baru berjaya dibentuk, orang-orang politik inilah yang akan mula-mula mengampu dan menyatakan bahawa mereka cukup berjasa kepada perubahan itu, sebaliknya jika Anwar gagal, mereka akan berkata 'saya dah cakap memang Anwar gagal bentuk kerajaan, saya kenal dia'.

Inilah lumrah dalam politik di Malaysia, budaya ampu tidak pernah lekang dari menjadi permainan politik pihak yang berkepentingan.Kita yang kerdil ini mungkin sering diperguna untuk tujuan tertentu, namun sesekali perlu diingat samada kita mampu menjadi warganegara yang benar-benar memahami apa yang sedang berlaku.

Atau kita hanya akan jadi rakyat yang tidak pernah memikirkan apa yang akan berlaku, sebaliknya hanya memikirkan soal 'perut' yang perlu diisi, wang yang perlu dikumpul, harta yang perlu dibanyyakkan, dan ikut rasmi lembu, 'makan, tido, makan tido'.

Segala perubahan yang bakal berlaku atau tidak berlaku semuanya sebenarnya terserah kepada Allah yang lebih mengetahui, akal manusia tidak akan terjangkau dengan persoalan ini, meskipun kita merancang sebaiknya, namun perancangan Allah lebih baik.

Kepada Anwar, selamat meneruskan perjuangan membentuk kerajaan, kepada Abdullah Ahmad Badawi, fikir-fikirkanlah rakyat di bawah ini dan kurangkanlah berbincang dengan menantu berhubung masalah negara

No comments: