Friday, August 15, 2008

Aneh, Saiful bersumpah diliwat Anwar sehari sebelum penamaan calon Permatang Pauh!!

Malam tadi (15 Ogos) seluruh stesen televisyen swasta mahupun kerajaan atau berbayar menyiarkan pengakuan sumpah Saiful Bukhari Azlan yang membuat sumpah dengan Nama Allah ke atas tuduhan liwat yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim.

Seluruh rakyat menyaksikan sumpahan tersebut, dan apabila diajukan soalan oleh para wartawan, Saiful Bukhari hanya menjawab 'tunggu di mahkamah' selain beberapa soalan yang tidak terjawab.

Ramai yang bertanyakan penulis kenapa Saiful sanggup berbuat demikian dan tindakannya itu sehari sebelum hari penamaan calon di Permatang Pauh.

Siapa di belakang Saiful sebenarnya dan siapakah sebenarnya yang meminta Saiful berbuat demikian?

Mengapa Saiful tidak mengadukan perihal beliau diliwat Anwar kononnya ketika kali pertama diliwat, kerana dikhabarkan beliau kononnya diliwat sebanyak lapan kali atau lebih.

Persoalan tersebut terus membayangi rakyat tatkala ini kerana pengakuan sedemikian mungkin boleh direka bagi menjahanamkan orang tertentu, dan pastinya ada orang yang mungkin menangguk di air yang keruh berikutan isu ini.

Pak Lah atau KHairy tentunya tersenyum lebar melihat kes ini kerana Anwar dan Najib terus menerus berbalah, saling tuduh menuduh.

Tiga persoalan yang pernah ditimbulkan ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mungkin boleh menceritakan segala-galanya :

1. BAHAWA SEMASA DI KONDOMINIUM TERSEBUT DSAI ADA BERSAMA 5 LAGI PIMPINAN

2. BUKTI DAN MAKLUMAT YANG LENGKAP PANGGILAN SAIFUL KEPADA SEORANG PEGWAI POLIS

3.BERJUMPA DI SALAH SEBUAH HOTEL TERKENAL DI KUALA LUMPUR UNTUK BERBINCANG BERSAMA SAIFUL

Tiga perkara di atas dikemukana Saifuddin, dan persoalan ini perlu dijawab Saiful sebelum beliau bersumpah.

Ingatlah, satu ketika lalu seorang wanita yangt cukup gah dengan egonya dalam sebuah parti nasionalis turut pernah bersumpah dengan nama Allah, namun dikhabarkan wanita itu akhirnya mengalami penyakit misteri termasuk kaki bengkak berair dengan tiba-tiba selepas bersumpah.

Sesungguhnya sumpah dengan nama Allah bukanlah boleh dipermainkan untuk tujuan tertentu.

No comments: