Friday, August 15, 2008

Kenapa Umno letak calon bukan popular di Permatang Pauh, apa strategi mereka?

Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula dengan proses penamaan calon esok (16 Ogos 2008) adalah pilihan raya yang dilihat lebih 'besar ertinya' sama seperti pilihan raya umum 2008.

Walaupun umum sudah mengetahui, Umno hanya meletakkan calon 'low profile', Ariff Shah Omar untuk menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR, namun pastinya ada yang tertanya-tanya mengapa calon low profile seperti Ariff Shah diletakkan menentang Anwar.

Sejarah pilihan raya di Permatang Pauh sejak tahun 1982 lagi menyaksikan Anwar tidak pernah tewas, malah selepas beliau dipenjara pada tahun 1998, kerusi Parlimen Permatang Pauh terus-menerus diwarisi isterinya, Dato' Seri Dr wan Azizah Wan Ismail.

Nampak seperti Umno memandang 'kecil' atau tidak mahu menyediakan calon yang popular untuk menentang Anwar, apakah strategi Umno kali ini dengan meletakkan calon bukan popular ini akan memberi kelebihan kepada parti itu sekiranya 'hantu-hantu' atau SPR boleh memenangkan Umno?

Pada pandangan penulis, mungkin Umno sengaja meletakkan Ariff Shah supaya secara psikologinya, kempen Pakatan Rakyat di sana tidak perlu diperhebatkan kerana tokoh yang menentang anwar itu bukan orang popular seperti Ezam Mohammad Noor yang sebelum ini beria-ia mahu menentang anwar.

Namun penulis lebih bimbang dengan calon yang tidak popular ini, kempen BN lebih mudah dijalankan dengan fitnah-fitnah yang akan membezakan Arif dengan Anwar.

Satu lagi perkara, sudah pastinya esok akan ada calon bebas tajaan BN yang akan mengisi pertandingan untuk memecahkan bilangan undi selain memesongkan perhatian pengundi di Permatang Pauh.

Justeru, jentera kempen Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan taktik ini selepas melihat SPR sebelum ini telahpun memulakan taktik kotor dengan menetapkan hari bekerja (26 Ogos@Selasa) sebagai tarikh pembuangan undi.

No comments: