Friday, August 15, 2008

Blog panas yang pasti menggegar Malaya!!!

Assalamualaikum, salam politik, salam muzakarah, salam muqabalah, dan salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ketika ini tepay jam 3.55 petang, penulis berada di Kota Bharu, kali ini penulis tidak menyertai Muktamar PAS ke-54 di Ipoh Perak berdasarkan perkiraan penulis, selepas enam kali menyertai Muktamar.

Suasana Muktamar kali ini tentunya hangat dengan isu-isu panas yang bakal menjadi bahan perbahasan yang menyentuh segenap aspek kempimpinan mahupun maudhu' politik.

Seperti yang diketahui, muktamar PAS kali ini turut dibayangi isu-isu mukabalah, muzakarah dan perbincangan antara PAS-Umno yang pastinya akan menjerut minda-minda para mukhlisin yang kini sedang berehat selepas mendengar Ucapan Dasar Presiden PAS di Majlis Perasmian Pagi Tadi.

Penulis dikahabarkan bahawa, ucapan dasar Ustaz Hadi cukup tajam kali ini hingga Anwar Ibrahim turut terasa pedasnya, malah memuji Ustaz Hadi tatkala katanya ada keretakan hubungan antara mereka berdua.

Hakikatnya, dua tokoh ini masing-masing mahu mengisi ruang politik di negara ini setelah melihat percaturan politik kerajaan yang dikepalai menantu perdana menteri semakin tidak menentu, malah menyebabkan negara punah ranah.

Dalam catatan awal penulis, ini penulis tidak mahu menyentuh banyak hal tentang muktamar, namun sekadar melontarkan beberapa persoalan yang masih belum terungkai dek akal ahli-ahli PAS antaranya :

1) Bagaimana, dan siapa yang mencetuskan idea bermuzakarah, atau berbincang dengan Umno?
2) Apa rasionalnya jika PAS mahu mendakwah Umno tatkala parti bimbingan Khairy Jamaluddin itu terus mengizinkan idea Islam Hadhari ciptaan barat dijadikan paksi PM walaupun ia sebenarnya bercanggah dengan Islam.
3) Apakah tidak akan ada lagi rundingan selepas ini tatkala ada disebut-sebutkan pihak tertentu yang sudahpun ditawarkan jawatan tertentu untuk mengisi kerajaan pra-campuran (macam kopi campuran).
4) Apakah perasaan ratusan ribu ahli dan penyokong PAS terutamanya kelab penyokong yang setia dan terus taat menyokong PAS kerana benci kepada Umno?
5) Siapa akan didakwah PAS atau Umno?

Penulis akan menyambung bahan penulisan ini dalam masa terdekat......

No comments: