Thursday, August 28, 2008

Akta DNA dedah rakyat kepada manipulasi - Salahuddin

Rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) telah dibawa ke Parlimen pada 18 Ogos 2008 dan bacaan kali keduanya dibuat pada Selasa, 26 Ogos iaitu hari yang sama Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh berlangsung.Ramai yang melihat sinonimnya akta ini dibentang tergesa-gesa dengan melangkau akta yang telah dibentang terlebih dahulu iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang dibawa ke Parlimen Julai lalu.Membahaskan isu tersebut, Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ditemui Wan Nordin Wan Yaacob selepas akta itu dibentang di Parlimen pada 26 Ogos lalu.Ikuti wawancara singkat bersama beliau di Lobi Parlimen.

Nordin: Dalam sidang dewan sebentar tadi, ramai ahli Parlimen yang bangkit menentang pembentangan akta ini (DNA) secara tergesa-gesa dengan melangkau akta Auku yang sepatutnya didahulukan mengikut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) ?

Salahuddin : Secara umumnya, jelas akta ini dibentangkan dengan niat politik sedangkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat, akta Auku yang sepatutnya mengambi tempat selepas pindaan Akta Pendidikan dan bila saya bangkitkan di dewan rakyat sebentar tadi (sewaktu dibahaskan selepas Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar membentangkan) Speaker, Dato' Ronald Kiandee seharusnya perlu diberikan kuasa untuk beliau menentukan keadaan dewan dan bila Akta DNA ini mengambil alih dalam masa yang tergesa-gesa iaitu notisnya petang semalam (petang 25 Ogos 2008) ini satu masalah kepada ahli dewan untuk memahami peruntukan yang digariskan dalam rang undang-undang tersebut.

Akta ini (DNA) kalau ianya adalah merupakan akta yang biasa, saya rasa mereka tak akan segerakan kalau itu motifnya (tiada kepentingan).Namun apa yang kita lihat, dari segi perspektif politiknya Dato' Seri Anwar Ibrahim bakal mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat (jika menang) dan perbicaraan kes liwatnya akan dipercepatlkan dan sebab itu saya lihat akta ini dipercepatkan untuk diperlukan bagi bertujuan hasrat politik halang langkah Anwar untuk meneruskan perancangan Pakatan Rakyat, ini yang disyaki akan dilakukan.Jika Anwar menang mereka akan gunakan akta ini untuk halang pergerakan Anwar, mematikan langkah Anwar.


Nordin : Wakil Barisan Nasional yang berucap bagi akta ini, Dato' Ismail Kassim (BN Arau) menyatakan akta ini dibentang tiada kaitan politik tetapi ia untuk jangkamasa panjang, apa pandangan YB?

Salahuddin : Bagi saya, asas kepada akta ini kita bersetuju kerana ia adalah kemajuan teknologi dan ia dibuat di negara maju dalam usaha membanteras jenayah, itu kita tak ada masalah.Kita perlu mempertingkatkan kecekapan dengan teknologi baru ini, kita tidak mempertikai tetapi apa yang kita bimbang adalah manipulasi atau salahguna sampel-sampel ini antara sampel intim dan tak intim ini untuk tujuan tertentu.Jadi rakyat Malaysia terdedah kepada manipulasi, itu yang kita bimbangkan.

Nordin : Sistem ini telah dijalankan dan digunakan bagi tujuan pencarian suspek, kenapa perlu kepada akta?


Salahudin :Ia perlu kepada akta kerana penguatkuasaan dan polis boleh gunakan akta itu untuk memastikan tindakan mereka berdasarkan kepada terma undang-undang.Itu perlu tetapi yang amat membimbangkan kita ialah bila berlaku manipulasi atau terdedah kepada manipulasi.Rakyat malaysia terdedah kepada manipulasi itu kerana setiapa akta yang dibentang di Parlimen itu memang mendedahkan rakyat kepada manipulasi ini, tetapi sejauh manakah akhbar dan media di negara kita telus dalam maklumat itu disalur kepada orang awam.Macam di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat, akta ini (DNA) memang dah ada tetapi di sana tahap manipulasi ini begitu rendah kerana penguatkuasa bimbang dengan ketelusan akhbar, radio dan tetevisyen yang mana setiap apa yang berlaku dalam lokap dan keganasan polis dan manipulasi begitu cepat disebar oleh media, berbanding dengan negara kita kebebasan akhbar sangat diragui.Maka yang akan berlaku ialah bahaya kepada rakyat, bila akta itu dimanipulasi, itu yang bahayanya.


Nordin : Akta ini, bahawa sampel DNA dikatakan 99.9 peratus diyakini tepat, namun kita tengok walaupun ada kaedah ini, penguatkuasaan polis masih berada ditahap yang lemah, ada kes yang lambat diselesaikan walaupun DNA dah dibuat, apa pandangan YB?


Salahuddin : Ketepatan itu memang kita tidak ragui dan dengan ketepatan itu proses menahan suspek boleh dilakukan dengan kadar yang segera. Itu kita setuju, macam penjenayah yang buat jenayah berulang kali, dan jika dia buat jenayah selepas dia dibebaskan penguatkuasa mudah untuk mengesan dengan sampel DNA ini.Contohnya seorang perogol bersiri atau pembunuh yang sampel DNAnya telah diambil, jika dia mengulangi jenayah tersebut di tempat lain dengan sampel DNA yang ada kita boleh membawa penyiasatan untuk menemui suspek bagi kejadian.Itu kita setuju, kita tak ada halangan. Namun apa yang kita bimbangi ialah pelaksanaannya selepas ini yang mana ada pihak yang akan menggunakan sistem ini untuk kepentingan tertentu atau manipulasi.Di saat rakyat tidak ada akses dengan media yang telus dan bertanggungjawab, ini semua boleh berlaku.

Nordin : Apa yang saya timbulkan tadi ialah persoalan kelemahan polis, dengan akta ini jika kelemahan tidak diatasi ia juga memberi masalah, apa pandangan YB?

Salahuddin : Maknyanya, seperti kes adik Sharlinie Mohd Nashar yang hilang dan tidak berjaya dikesan, walaupun kononnya ada sistem DNA yang tepat tetapi jika tahap kecekapan polis yang lemah ini, ia akan main peranan kepada soal menahan suspek.Bergantung 100 peratus kepada DNA juga tidak menyelesaikan masalah, mankanya ia akan 'compliment' sahaja kepada keseluruhan sistem yang cekap.


Nordin : Rumusan YB terhadap akta ini?

Salahuddin : Bagi saya ia adalah satu akta yang dibentang tergesa-gesa tidak telus dari segi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen kerana hanya ahli Parlimen BN sahaja yang diberikan penerangan.Bagi saya juga waktu pembentangan yang sangat diragukan tatkala Anwar Ibrahim menghadapi isu tuduhan Liwat dan ia boleh menimbulkan masalah dari segi intepretasi dan kita akan cadangkan diakhir nanti supaya akta itu dibawa kepada pengetahuan awam, maknayanya sebelum diluluskan kenapa tidak dibawa kepada pandangan awam seperti dalam kes 'Penal Code' yang dibawa kepada pandangan awam dengan NGO dan badan-badan hak asasi, rakyat untuk memberi imput kepada akta ini, dan barulah dibawa semula ke Parlimen untuk dibahaskan diluluskan.

No comments: